Shahrul Azmi: According to Jamal









Daddy, husband, brother and son are part of my major role in this life drama.. playing it well at the moment..
Salam sayang,
Jam ditangan sudah lewat, kurang 20 minit ke jam dua pagi. Pagi ini bukan pagi yang biasa kerana pagi ini bakal penentu buat ayah dan mereka, ini kalilah atau kekal begini. Tidak pernah ayah gusar begini menghadapi hari penentu, segusar hari kamu dilahirkan di hospital swasta di Shah Alam 10 tahun yang lalu. Ayah pilih hospital itu kerna ayah mahu yang terbaik untuk kamu biarpun berhabisan kantung wang ayah untuk saat itu. Mungkin ada hospital kerajaan yang lebih murah tapi senyuman tawar dan kesesakan manusia di sana barangkali kurang selesa buat Mama.
Doktor Melayu yang menyambut kamu hari itu tidak sekali pun menanyakan berkenaan kemampuan ayah untuk membayar, yang penting baginya ayah bayar. Dari sijil yang tergantung di dinding bilik hawa dingin Dr itu, tertera singkatan UKM, tanda ijazahnya dari sana. Bangga ayah kerna Melayu sudah berjaya, tapi kenapa bayarannya sama dengan Doktor Cina dan India masih jadi tanda tanya.
Bagaimana dengan sekolah? Ingat pesan ayah, belajar rajin-rajin biar penuh ilmu didada, besar nanti boleh bantu orang, bukan semata-mata sebab wang. Jadilah apa yang kamu mahu asalkan ianya tidak salah dari mata agama dan usahalah agar kamu jadi sehabis baik jika tidak yang terbaik dalam apa jua yang kamu pilih. Kita orang Melayu, ada adat dan ada budaya, ada yang elok dan ada yang sia-sia. Namun yang lebih penting kita ada agama dan Islam namanya. Itu yang lagi utama dari bangsa kerna itulah landasan untuk ke syurga yang kekal selamanya.
Cina, India, Iban dan bangsa yang lain jangan sekali kamu lupa apatah lagi kamu hina. Mereka juga tanggungjawab kita, susah senang harus bersama. Insya-Allah dengan hidayah dan dakwah kamu, Islam bakal jadi pilihan mereka tapi jangan sekali-kali kamu paksa agama atas mereka. Pagi nanti ayah bakal mengundi pilihan hati, untuk pilih siapa yang ayah rasa mampu untuk memimpin kita. Pilihan ayah mungkin betul mungkin tidak, tapi yang penting pertimbangan waras ayah disudahi dengan tawakal kepada Allah. Harapnya, negara tidak dilanda musibah.
Ingat tak lagi soalan kamu pasal handicap dalam golf? Sampai hari ini ayah tak terjawab, namun pagi ini ayah rasa ayah bersedia dan jawapan ini ayah jumpa semasa ayah membaca cerita tentang Tun Dr Ismail. Katanya, handicap ini diberi kepada pemain golf baru yang ingin bermain dengan pemain yang lebih handal agar mereka bersaing dan tidaklah kalah teruk. Namun jika selama-lamanya kamu diberi kelebihan barangkali kamu harus rasa malu untuk bermain kerna kamu tidak pernah maju. Oleh itu jadikanlah handicap itu sebagai cabaran dan bukan kelebihan. Begitulah juga ertinya Bumiputera buat kamu dan ayah.
Pagi ini ayah mahu mohon maaf sekiranya pilihan ayah di peti undi nanti bakal menyusahkan kamu, percayalah itu bukan matlamatnya. Sebagai ayah, tiada apa yang lebih penting dari kejayaan anaknya di dunia dan akhirat.
Salam Sayang
Ayah.
Dear Donpedro,
First of all I would to thank you for the coffee this evening, it was a strong one; making my eyes wide open and with that my humble fingers are pretty much active to do the typing. Thanking you for the coffee is much easier than finding the right words of appreciation for the awakening comments you bowled straight to my pin head.
Browsing through my book shelf I finally realized the painful truth, the truth about the knowledge that I’ve been digging all this while, none of the books written by those who really understand the real guidance for mankind, the holy Quran. Grisham, Hitler, Robinson and worst of them all was a book by Shebby Singh (he’s a bad writer even for a ghost).
The discussion we had today and few days earlier pretty much the catalyst for my new resolution on knowledge acquisition, it is the perfect time for me to embark into a new journey although it was always there for the taking; spiritual. Guess what brother? Nowadays, the guidance for mankind is always there on top of my alarm clock, just beside my bed.
Justice is the greatest puzzle that I struggled to understand let alone solving them, it stuck in my small brain and bugging me it did. Why must the rich enjoy every moment of their life when the poor struggle to feed them? A question, of which to me the answer is very important but to you Donpedro, it is no longer relevant. Looking at idealism doesn’t make you a man with less Iman, but ignoring the quran while doing so will lead you to disastrous end, that I learned from you.
Brother,
Do you think we can change the system? Do you think we can have better hospitals? Do you think the corruption in politics will end? Do you think Malays will look at Mercedes as the element of ‘besi dan tayar’? Do you think K with the big J can be stop? What else are you thinking, brother?
These entire questions are the beginning of my humble expedition into the new knowledge that you’ve established in my blog. One thing for sure I would not eat every bit of your ideas and experienced coz this time the one who conclude will be Shahrul Azmi himself. To that I would like to thank you and this will be one of the many open letters from me to you.
Regards,
Shahrul Azmi
12:15 AM (2.12.10)
Labels: humble letter
He told me to report this matter to police… (Damn! Can’t they do that for me, it is his job anyway)
Come to think of it, Pusat Tahfiz Amal is not collecting donation, they’re doing business by selling the posters, legitimate huh? But the fact that they are using under age workers is sickening!! Where do I go from here?
I will never let this go… not this time