Monday, February 06, 2006

Dari kaca-mata suami

12 Disember 2005
Shahrul Azmi


Dari kaki-bola hingga ke kaki-perempuan, lelaki yang bergelar suami kadangkala adalah mahkluk yang mudah difahami namun terlalu sukar untuk di takluki. Seringkali wanita bergelar isteri disuapkan dengan tip-tip penjagaan suami dari pakar psikologi termashur yang kebanyakannyan dari jantina yang sama, perempuan. Sejauh mana tip dan panduan ini berkesan untuk pasangan suami-isteri moden yang terlalu berpegang kepada kuasa teknologi dan manual, hanya tuhan yang tahu. Mungkin sudah terlampau ramai suami nakal yang bijak memanipulasi kepercayaan isteri kepada kelaziman, sentiasa terelepas dengan alasan yang mudah dipercayai isteri tetapi menjadi bahan ketawa di kalangan suami dan rakan-rakan. Rungutan isteri terhadap kesukaran dan kedegilan suami merubah tabiat buruk zaman bujang mungkin timbul kerana kurang faham isteri terhadap tabiat suami yang telah disalah faham. Tulisan ini tidak akan mengubah pendirian dan ilmu yang telah anda yakni kaum isteri pelajari, ianya sekadar memberi pemahaman yang berbeza terhadap kelakuan, gerak geri dan emosi suami anda. Ia bukan saja mendedahkan rahsia dan modus operandi suami kelentong metropolitan, namun ia juga penting buat si isteri dalam merangka langkah bijak menambat hati suami.

Tabiat suami

Tabiat suami pada dua bulan pertama perkahwinan sering disalah anggap oleh kaum hawa. Mereka sering menyangka yang itulah perangai sebenar suami tersayang. “ Masa mula-mula kahwin dia rajin tolong I kat rumah,” dialog sedih isteri moden yang menyangka suaminya telah berubah. Biar saya betulkan, suami yang malas tidak pernah berubah, dia hanya kembali kepada tabiat lama yang telah ditinggalkan seketika bila memasuki alam perkahwinan. Kelakuan ‘baik’ ini pasti hilang apabila mereka mula melihat rakan-rakan yang sudah lama berkahwin melabelkan kelakuan suami mithali sebagai suami yang takut bini.

Jangan terlalu mengharap bantuan suami dirumah sebagai kemestian sebaliknya jadikan suasana itu sebagai bonus kerana anda bijak memilih suami, puji setiap pertolongan yang diberikan dan elakkan kutukan serta perbandingan sekiranya suami tidak membantu meringankan beban dirumah. Ganjaran buat suami terhadap kebaikan yang mereka lakukan perlu diteruskan, lakukan perkara yang disukai suami seperti masakan ataupun layanan istimewa di bilik tidur. Suami yang pada mulanya melakukan kerja dirumah demi ganjaran akan lama kelamaan menganggap kerja-kerja itu sebagai rutin yang mengasikkan, pada ketika itu anda kaum hawa boleh tersenyum girang


Add to Blink Add to Furl Add the post to Technorati Favourites Add to Simpy Add to Spurl Add to Yahoo MyWeb Add to del.icio.us Add to Digg It Social bookmark this!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home